Friday, June 8, 2018

PENGENALAN SURAU AL-FAIZIN

     Surau Al-Faizin SK Wawasan merupakan lambang syiar Islam di sekolah ini. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadah solat semata-mata tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan Surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan murid yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan mereka.

         Surau Al-Faizin SK Wawasan telah dibina pada 2004, kini surau Al-Faizin mampu memuatkan 400 jemaah pada satu-satu masa setelah mendapat bantuan peruntukan ruang solat tambahan. Sasaran Surau Al-Faizin tidak hanya tertumpu kepada murid yang beragama muslim sahaja, murid tidak beragama islam juga turut terlibat dengan aktiviti di Surau Al-Faizin.

      Sehubungan itu, Surau Al-Faizin SK Wawasan telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Surau Al-Faizin bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah , kelas tahfiz “huffaz cilik” dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.


No comments:

Post a Comment