Friday, June 8, 2018

SEJARAH SURAU AL-FAIZIN

Surau Al-Faizin telah dibina bersama- sama dengan bangunan Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, pada tahun 2004. 

Surau SK Wawasan ini telah ditambahbaik dari segi landskap dan pemberian nama surau iaitu Surau Al-Faizin pada tahun 2014.

        Pada tahun 2016, Guru Besar SK Wawasan, Puan Azihan binti Ahmad bersama barisan GPK,guru-guru dan AJK PIBG SKW telah sepakat untuk mengumpul dana Surau Al - Faizin bagi tujuan membaikpulih keperluan asas surau untuk keselesaan murid-murid serta membina bumbung bagi tempat wuduk lelaki. Kerjasama dan sokongan ibubapa, masyarakat setempat dan agensi kerajaan serta swasta, amat menggalakkan dan pihak surau telah menerima pelbagai bentuk sumbangan termasuk wang, kipas, lampu, cat, bahan binaan dan lain-lain.

Pada tahun 2017, kerja-kerja pembinaan ruang solat tambahan, tempat wuduk tambahan untuk perempuan dan bumbung  dihadapan pintu utama surau yang telah dilaksanakan melalui Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada 24 November 2017.

        Pihak surau Al-Faizin telah melakukan inovasi fizikal di bahagian tempat wuduk lelaki menjadikannya  perpustakaan mini pada bulan September 2017. Kerja-kerja naik taraf surau ini selesai sepenuhnya pada bulan Disember 2017.

Cetusan idea Guru Besar SK Wawasan, Puan Azihan binti Ahmad untuk menubuhkan  kelas tahfiz  disambut baik oleh warga sekolah. Dengan kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam dan PIBG SK Wawasan maka  Kelas tahfiz ‘Huffaz Cilik’ telah ditubuhkan pada bulan Febuari 2018. Seramai 20 orang murid telah berjaya dalam ujian saringan dan terpilih untuk menjadi pelajar Kelas Tahfiz ‘Hufaz Cilik’ pengambilan pertama. Hasrat  kami adalah untuk melihat anak-anak SK Wawasan berjaya serta cemerlang di dunia dan akhirat. Surau Al- Faizin SK Wawasan dan Kelas Tahfiz ‘Hufaz Cilik’ yang telah dirasmikan oleh Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan pada 24 Febuari 2018.

No comments:

Post a Comment